Sistem Pendaftaran Lesen Penjaja merupakan sistem yang dibangunkan bagi membantu Bahagian Pelesenan Majlis Perbandaran Kajang dalam menguruskan pendafataran lesen penjaja mereka yang selama ini diuruskan secara manual. Pembangunan sistem ini juga melibatkan pangkalan data yang dapat membantu pihak Pelesenan untuk mengakses maklumat mengenai pendaftaran lesen penjaja dengan cepat, justeru ianya dapat menjimatkan masa dan mempermudahkan lagi pengurusan antara pemohon dan juga pentadbir. Sistem juga akan memproses maklumat pemohon yang telah mendaftar permohonan dan terus dimasukkan ke pangkalan data.